Pada 3 Ogos 2023 pihak ZMI Global amat berbesar hati menerima kunjungan YBrs. Tuan Haji Saipolyazan bin Mat Yusop, Ketua Pegawai Operasi, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) turut bersama adalah YBrs. Tuan Daud bin Abd Rahman, Ketua Khidmat Korporat Menteri Besar Selangor Incorporated dan juga En. Khairul Azmi Bin Misran, Pengarah Urusan Koridor Utiliti Selangor (KUSEL) ke pejabat ZMI Global Sdn. Bhd.
ZMI Global Sdn Bhd dan KUSEL merupakan rakan strategik dalam pelaksanaan dan pengurusan Traffic Management Plan (TMP) didalam negeri Selangor.
Pihak ZMI Global diberi peluang untuk menerangkan mengenai aliran kerja TMP dan kepentingan penggunaan peralatan keselamatan trafik yang seragam dan menepati piawaian bagi memastikan keterjaminan keselamatan pengguna jalan raya dan kontraktor.
Terima kasih diucapkan kepada delegasi tetamu kehormat kerana sudi meluangkan masa beramah mesra dengan wargakerja ZMI Global. Pihak syarikat berharap agara ianya dapat memberikan lebih inspirasi kepada kami dalam meneruskan visi ke arah menjadi syarikat perkhidmatan TMP yang terbaik di negara ini.
"SAFETY IS OUR PRIORITY"
